Tuesday, October 20, 2009

Bloodshed Open House

Selepas 23 tahun meminati Bloodshed, akhirnya tahun ini dapat peluang beraya dengan mereka, pada Sabtu 17 Oktober 2009. Open house ini dijalankan serentak dengan open house untuk pelanggan PERKIFA AUTO, bengkel kereta kepunyaan saudara Hamdan Bloodshed. Majlis dijadualkan bermula pada pukul 4pm sehingga 11pm. Kedatangan lebihkurang pukul 9pm, disambut oleh saudara Hamdan sendiri, yang begitu sibuk melayan tetamu yang ramai. Makanan? Sedap-sedap dan banyak jenis.



Bloodshed tidak dinafikan sebagai salah satu band pioneer dalam industry rock Malaysia. Di kalangan 'otai', siapa yang tidak ingat Battle of The Band 1986-87. Sampai hari ini bila dengar lagu 'Nostalgia Rindu' masih tak rasa bosan dan boleh pejam mata ikut 'feel' melodi indahnya. Gitar solo lagu ini teramat layak masuk top-10 best solo in rock ballad songs kalaulah kategori ini wujud. Ramai yang boleh buat lagu, main gitar, main band tapi tak semua orang ada kemampuan untuk menghasilkan sesuatu dengan baik. Salute Bloodshed!

Lebihkurang pukul 9.30pm sessi mini showcase dimulakan. Nampaknya boleh makan sambil dihiburkan oleh Bloodshed. Di bawah adalah kronologi persembahan pada malam tersebut:
(Terima kasih daun keladi pada Haniff Hanafy untuk list yang 'complete' ini)

BLOODSHED :
  • LAGU RAYA (Saloma)
  • WASPADA
  • NOSTALGIA RINDU
  • FESYEN
  • MANUSIA DAN JANJI
  • SRIKANDI CINTAKU feat ROSDAN
  • SAMARKAND feat ROSDAN
  • ILUSI SEBUAH MIMPI feat ROSDAN
  • PERTUMPAHAN DARAH
KARAOKE :
  • SRIKANDI CINTAKU (ROSS EX-BLOODSHED)

JAMM SESSION :
  • -DRUMMER (ROSS EX-BLOODSHED)
  • -GUITAR (REX NUCLEAR STRIKE)
  • -BASS (JOE BLOODSHEED)
  • -VOKAL (MD NOR ADDARAH)
JAMM SESSION LAYAN PEMINAT :
  • HARIMAU feat. MAT DERIS DERICK (FIRASAH)
  • FESYEN feat. MAT DERIS DERICK (FIRASAH)
  • TANGISAN SALJU DI KHATULISTIWA feat RAFIZ AZUAN
  • DEBU KHAYALAN feat MD NOR ADDARAH
BLOODSHED :
  • PERISTIWA
  • KOTA ITU ILUSI feat. ROSDAN
  • MANUSIA DAN JANJI feat. ROSDAN
  • NOSTALGIA RINDU feat. ROSDAN
  • SRIKANDI CINTAKU feat. ROSDAN
  • SAMARKAND feat. ROSDAN
  • HARIMAU
'Soundcheck' sebelum nak bermula.

Judy, keyboardist Bloodshed yang paling penting, 'sound trademark'


Rosdan mengimbau kenangan lama, kalaulah beliau ingin menyanyi semula, dengan latihan intensif selama sebulan dua, insyallah akan berjaya, kerana 'tone' suaranya masih sedap.


Penyanyi lama dan baru

Puas hati, walaupun selepas 5-6 lagu dipersembahkan, kalau kena bayaran tiket pun tak jadi hal. Berbaloi katakan. Anda perlu ada di situ untuk pengalaman menarik ini.


Ketibaan Rosdan, yang sampai 'tepat pada masanya' kerana selepas tu dia kena menyanyi. Tapi dia sangat 'sporting' dan menyahut permintaan ramai untuk 'perform' bersama band lamanya, sekaligus mengembalikan sedikit nostalgia rindu peminat2..



Lagu2 Bloodshed terutamanya kalau yang dipenakan oleh Man Boron, sungguh cantik lirik bahasanya . Kalau tak percaya boleh study lirik 'Illusi Sebuah Mimpi', sebagai titik permulaan dan banyak lagu lain lagi. Ini bukan saja-saja rock, tapi rock yang mempunyai maksud tersirat dan bukan sia-sia nak membuang masa. Dengan lain kata, ada mesej. Orang putih pulak boleh kata ada substance. Untuk para rockers, lagu ini masuk kategori : pertama kali dengar dah sedap!


Bergambar dengan Muzam(kemeja putih), vokalis terbaru Bloodshed. Suara mantap, harap anda akan berjaya bersama Bloodshed.



Gitar-gitar yang diantaranya telah dicat dengan teknik airbrush


Stage untuk mini showcase


Jackson, gitar Hamdan Bloodshed



Design baju-baju T-shirt Bloodshed yang terbaru

Selebriti yang hadir, saudara Zainal Ariffin(Jejak Rasul, TV3)


Dibawah adalah gambar-gambar ahli forum online, Rockapak.org yang hadir, you guys rock!
Mastercomp dan Sorcerer a.k.aTolyn

Mat Deris dan MasterComp



Cdgtxx dan Razief


Maizatulamirah

Mat Deris(Derrick) , Metallan dan Zen

Maaf kualiti gambar kurang memuaskan dan jutaan terima kasih kepada Abg Hamdan sekeluarga, ahli-ahli Bloodshed, sahabat handai dan krew2 Bloodshed dan juga ahli forum Rockapak.org.

3 comments:

  1. Salam... bro Nazri... wah, panjang lebar laporan open house haritu... ape2 pun malam tu memang best!!. abg2 Bloodshed semua sporting.. Terima kasih kepada abg Hamdan Bloodshed sekeluarga, Family Perkifa dan Bloodshed... Moga menjadi sebuah kenangan yang abadi... rockk!!

    ReplyDelete
  2. saja biag lamaaaaa tak komen. Pi tak ajak.....

    ReplyDelete