Monday, October 19, 2009

Terminal Butterworth


Minggu lepas dapat peluang naik bas dekat sini. Dulunya kat Butterworth ni dah memang ada Terminal Bas, siap dengan Parkson, tapi tahun berapa aku tak berapa ingat, dah terbakar.. lepas ia terbakar, lama jugak lah nak dapat terminal bas baru.. dalam pada masa tu bas-bas dan penumpang main berselerak aja kat mana-mana

Encik ni ingat aku nak candid gambar dia, walhal aku nak ambik gambar terminal bas


Aku tak faham kenapa status bas terminal ni 'sementara'. Padahal dah siap sempurna, tak ada tiang yang bengkok. Aku tengok semua bas dapat park dengan selesa. Design terminal bas ni sangatlah sesuai untuk Butterworth, kita boleh rasa angin sepoi2 bahasa, bahasa kaum apa aku tak pasti. Terminal macam ini jugak mampu buat lambaian selamat tinggal lagi syahdu daripada biasa.



Kalaulah aku yang jadi D.O. kawasan ni, terminal ni akan lulus dan akan berada lama kat sini. Tengoklah ciri-ciri "open air" nya. Tak lemas, boleh tengok pemandangan luar. Asap rokok pun boleh terbang bebas dan tak lah sangat membahayakan bayi-bayi dalam jagaan ibu bapa mereka yang kebetulan nak naik bas jugak masa tu.. heh.. heh..


Mungkin kalau hujan lebat sangat, maka tempias basah la pasal bumbung terminal ni tak lebar tara mana.. tapi itu boleh "re-work" lagi.. keluarkan tender la..


Apa-apa pun, inilah Terminal Bas Rakyat. Yang penting, ia menjimatkan duit pembayar cukai dan boleh digunakan seadanya.

Kaunter informasi


Maaf pasal kualiti gambar tak tip-top, tapi masa petang tu aku rasa aku tak boleh lepaskan peluang ini untuk dokumentasi-kan sejenak aku kat Terminal Bas Butterworth ni.

So long Butterworth, jumpa lagi.....




No comments:

Post a Comment