Wednesday, September 4, 2013

Homestay Pandan Mewah

Tok Ayah Homestay/Guest house of Pandan Court Condominium located in Pandan Mewah, besides Hospital Ampang

Rate: RM2** per day (nego price for multiple- day booking)

Parking lot: 1 unit

Bedrooms : 3
-master bedroom with air-conditioning system and bathroom
Bathroom : 2
Fully Furnished
- tv
- sofa
- dining table
- stove
- utensils
- etc.

CONTACT:
018-4097716 (Norhayati)
017-4009921 (Sham)










Tuesday, October 20, 2009

Bloodshed Open House

Selepas 23 tahun meminati Bloodshed, akhirnya tahun ini dapat peluang beraya dengan mereka, pada Sabtu 17 Oktober 2009. Open house ini dijalankan serentak dengan open house untuk pelanggan PERKIFA AUTO, bengkel kereta kepunyaan saudara Hamdan Bloodshed. Majlis dijadualkan bermula pada pukul 4pm sehingga 11pm. Kedatangan lebihkurang pukul 9pm, disambut oleh saudara Hamdan sendiri, yang begitu sibuk melayan tetamu yang ramai. Makanan? Sedap-sedap dan banyak jenis.



Bloodshed tidak dinafikan sebagai salah satu band pioneer dalam industry rock Malaysia. Di kalangan 'otai', siapa yang tidak ingat Battle of The Band 1986-87. Sampai hari ini bila dengar lagu 'Nostalgia Rindu' masih tak rasa bosan dan boleh pejam mata ikut 'feel' melodi indahnya. Gitar solo lagu ini teramat layak masuk top-10 best solo in rock ballad songs kalaulah kategori ini wujud. Ramai yang boleh buat lagu, main gitar, main band tapi tak semua orang ada kemampuan untuk menghasilkan sesuatu dengan baik. Salute Bloodshed!

Lebihkurang pukul 9.30pm sessi mini showcase dimulakan. Nampaknya boleh makan sambil dihiburkan oleh Bloodshed. Di bawah adalah kronologi persembahan pada malam tersebut:
(Terima kasih daun keladi pada Haniff Hanafy untuk list yang 'complete' ini)

BLOODSHED :
  • LAGU RAYA (Saloma)
  • WASPADA
  • NOSTALGIA RINDU
  • FESYEN
  • MANUSIA DAN JANJI
  • SRIKANDI CINTAKU feat ROSDAN
  • SAMARKAND feat ROSDAN
  • ILUSI SEBUAH MIMPI feat ROSDAN
  • PERTUMPAHAN DARAH
KARAOKE :
  • SRIKANDI CINTAKU (ROSS EX-BLOODSHED)

JAMM SESSION :
  • -DRUMMER (ROSS EX-BLOODSHED)
  • -GUITAR (REX NUCLEAR STRIKE)
  • -BASS (JOE BLOODSHEED)
  • -VOKAL (MD NOR ADDARAH)
JAMM SESSION LAYAN PEMINAT :
  • HARIMAU feat. MAT DERIS DERICK (FIRASAH)
  • FESYEN feat. MAT DERIS DERICK (FIRASAH)
  • TANGISAN SALJU DI KHATULISTIWA feat RAFIZ AZUAN
  • DEBU KHAYALAN feat MD NOR ADDARAH
BLOODSHED :
  • PERISTIWA
  • KOTA ITU ILUSI feat. ROSDAN
  • MANUSIA DAN JANJI feat. ROSDAN
  • NOSTALGIA RINDU feat. ROSDAN
  • SRIKANDI CINTAKU feat. ROSDAN
  • SAMARKAND feat. ROSDAN
  • HARIMAU
'Soundcheck' sebelum nak bermula.

Judy, keyboardist Bloodshed yang paling penting, 'sound trademark'


Rosdan mengimbau kenangan lama, kalaulah beliau ingin menyanyi semula, dengan latihan intensif selama sebulan dua, insyallah akan berjaya, kerana 'tone' suaranya masih sedap.


Penyanyi lama dan baru

Puas hati, walaupun selepas 5-6 lagu dipersembahkan, kalau kena bayaran tiket pun tak jadi hal. Berbaloi katakan. Anda perlu ada di situ untuk pengalaman menarik ini.


Ketibaan Rosdan, yang sampai 'tepat pada masanya' kerana selepas tu dia kena menyanyi. Tapi dia sangat 'sporting' dan menyahut permintaan ramai untuk 'perform' bersama band lamanya, sekaligus mengembalikan sedikit nostalgia rindu peminat2..



Lagu2 Bloodshed terutamanya kalau yang dipenakan oleh Man Boron, sungguh cantik lirik bahasanya . Kalau tak percaya boleh study lirik 'Illusi Sebuah Mimpi', sebagai titik permulaan dan banyak lagu lain lagi. Ini bukan saja-saja rock, tapi rock yang mempunyai maksud tersirat dan bukan sia-sia nak membuang masa. Dengan lain kata, ada mesej. Orang putih pulak boleh kata ada substance. Untuk para rockers, lagu ini masuk kategori : pertama kali dengar dah sedap!


Bergambar dengan Muzam(kemeja putih), vokalis terbaru Bloodshed. Suara mantap, harap anda akan berjaya bersama Bloodshed.



Gitar-gitar yang diantaranya telah dicat dengan teknik airbrush


Stage untuk mini showcase


Jackson, gitar Hamdan Bloodshed



Design baju-baju T-shirt Bloodshed yang terbaru

Selebriti yang hadir, saudara Zainal Ariffin(Jejak Rasul, TV3)


Dibawah adalah gambar-gambar ahli forum online, Rockapak.org yang hadir, you guys rock!
Mastercomp dan Sorcerer a.k.aTolyn

Mat Deris dan MasterComp



Cdgtxx dan Razief


Maizatulamirah

Mat Deris(Derrick) , Metallan dan Zen

Maaf kualiti gambar kurang memuaskan dan jutaan terima kasih kepada Abg Hamdan sekeluarga, ahli-ahli Bloodshed, sahabat handai dan krew2 Bloodshed dan juga ahli forum Rockapak.org.

Monday, October 19, 2009

Terminal Butterworth


Minggu lepas dapat peluang naik bas dekat sini. Dulunya kat Butterworth ni dah memang ada Terminal Bas, siap dengan Parkson, tapi tahun berapa aku tak berapa ingat, dah terbakar.. lepas ia terbakar, lama jugak lah nak dapat terminal bas baru.. dalam pada masa tu bas-bas dan penumpang main berselerak aja kat mana-mana

Encik ni ingat aku nak candid gambar dia, walhal aku nak ambik gambar terminal bas


Aku tak faham kenapa status bas terminal ni 'sementara'. Padahal dah siap sempurna, tak ada tiang yang bengkok. Aku tengok semua bas dapat park dengan selesa. Design terminal bas ni sangatlah sesuai untuk Butterworth, kita boleh rasa angin sepoi2 bahasa, bahasa kaum apa aku tak pasti. Terminal macam ini jugak mampu buat lambaian selamat tinggal lagi syahdu daripada biasa.



Kalaulah aku yang jadi D.O. kawasan ni, terminal ni akan lulus dan akan berada lama kat sini. Tengoklah ciri-ciri "open air" nya. Tak lemas, boleh tengok pemandangan luar. Asap rokok pun boleh terbang bebas dan tak lah sangat membahayakan bayi-bayi dalam jagaan ibu bapa mereka yang kebetulan nak naik bas jugak masa tu.. heh.. heh..


Mungkin kalau hujan lebat sangat, maka tempias basah la pasal bumbung terminal ni tak lebar tara mana.. tapi itu boleh "re-work" lagi.. keluarkan tender la..


Apa-apa pun, inilah Terminal Bas Rakyat. Yang penting, ia menjimatkan duit pembayar cukai dan boleh digunakan seadanya.

Kaunter informasi


Maaf pasal kualiti gambar tak tip-top, tapi masa petang tu aku rasa aku tak boleh lepaskan peluang ini untuk dokumentasi-kan sejenak aku kat Terminal Bas Butterworth ni.

So long Butterworth, jumpa lagi.....




Thursday, October 15, 2009

Ntah berapa lama kampung Melayu ini akan bertahan, kalau semua pakat dok saja..

Friday, October 9, 2009

Filem2 Berkait Rock atau Muzik secara am...

Ok list kat bawah ni ada yang dah tengok, ada yang belum.. maybe ada yang kurang tepat.. apa2 pun ianya banyak berkaitan muzik secara general.. banyak yang rock jugak..

1. curdled - music guitar nylon by slash
2. heads in clouds - pasal djanggo rheinhart(blues n jazz guitar legend)
3. spinal tap - filem wajib untuk rockers yg ada band.. falsafah2 rock
4. detroit rock city - KISS, cerita pasal org nk gi tgk konsert kiss
5. empire records - kedai music
6. rockstar - dekat2 dengan kisah judas priest
7. almost famous - kisah wartawan muda majalah rolling stones
8. legend of 1900 - pemain piano atas kapal trans-atlantic ..best giler
9. the rocker
10. pick of destiny -
11. shcool of rock
12. Rock- cerita mamat khalid
13. fenomena - ada search belakon
14. isabella - ada search jugok..
15. crossroads - steve vai jadi penasihat setan
16. buddy holly
17. high fidelity - kisah kedai music
18. the deadpool - ada guns n roses
19. kembara seniman jalanan
20. purple rain- prince
21. parental guidance advisory - Zappa, dee snider & john denver
22. I'm not there - pasal bob dylan
23. the beatles - pasal apa? beatles la..
24. the fifth beatle
25. wayne's world I and II- rock adventure... best banyak muzik heavy metal
26. bill and ted I
27. bill and ted II
28. jesus christ superstar - william dafoe
29. flash gordon - soundtrack by Queen
30. highlander - soundtrack by Queen
31. blues brothers I
32. blues brothers 2000
33. Hum, Rattle and Roll - sama dgn tajuk album U2.. mesti pasal U2
34. the Crow - music heavy metal
35. elvis - kurt russell
36. strange world - dee snider (Twisted sister) berlakon
37. House of 1000 corpses - filem rob zombie
38. Devil's Reject - filem Rob Zombie
39. O' brother where art thou - George clooney
40. A mighty wind - folk music
41. Rhinestone cowboys
42. Ghost - 45minutes video clip -Michael Jackson
43. Saturyday Night Fever
44. Staying alive - Bee Gess
45. The Last - john stamos & Gene Simmons
46. Rage - Ozzy Osbourne
47. little nicky- ada ozzy dekat2 last
48. back to the future -
49. the KISS movie
50. Dark Flaws - Lordie
51. Knight's Tale - ada lagu thin lizzy
52. hedwig and the angry inch- pasal rock n roll singer drp Komunis Berlin
53. desperado - el mariachi
54. duke of hazard - ada willie nelson, jessica simpson.. come on boots..!!
55. coyote ugly - girl composer, ada Lee AnRime
56. Legend of Joe Dirt- ada Kid Rock
57. Grease - john travolta
58. A Hard Day's Night - apa lagi...Beatles la
59. 10cc : Changing faces - cerita seram, ada rock music
60. Heart n Souls - BB King
61. The Doors
62. August Rush - kisah anak yatim rock n roll cari ibubapa
63. Trick or Treat - kisah mayat rockstar hidup balik.. ada ozzy
64. La Bamba -Los Lobos
65. Great Balls of Fire - jerry lee lewis
66. Be Cool - ada Steven Tyler
67. Rolling Stones gimme Shelter
68. Cadillac Record
69. Dunia mereka - indon
70. Metal - Documentary
71. Garasi - indon
72. It Might Get Loud - jimmy page, jack white, The edge
73. Taking Woodstock

lagi tambahan :
- Don't Look Back - pasal Bob Dylan

update dari Rockapak:
-kiamat sudah dekat - indon -from globalMod
- xXx - vin diesel, ada rammstein -from Globalmod
- Detroit Metal City - cerita jepun..
- Promised Land of Heavy Metal - GlobalMod
- Qalisha (astro) - Kisah drummer rock yang masuk sekolah ugama.
- Do Re Mi - Jual Ubat sambil jamming -sorcerer
- Tiga Abdul - Kedai Musik Abdul Wahub -sorcerer
- Antara 2 Darjat -sorcerer
- Ibu Mertuaku - Kasim Selamat -sorcerer
- Footloose -sorcerer
- Last Action Hero- Arnold Susah nak eja.. soundtrack metal..

update dari LagendaRock Online:
- azura - ada band jamming
- airhead
- that thing you do
- suci dalam debu
- hysteria -pasal def leppard
- i Want to hold oyur hand -pasal beatles
- kembara seniman jalanan
- Sakinah -XPDC berlakon
- rozana..cinta 87 - arahan Nasir Jani
- dari jemapoh ke mancheste -arahan hishamuddin rais, soundtrack underground
- cradle of fear- ada Dani (CoF)
- gedebe -arahan namron

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Memory 1

Jarang2 aku menulis, hari rasa nak tulis sesuatu pulak.. yelah pasal buku teks accounting ready terbuka tunggu nak kena baca, mulalah tangan aku nak buat mende lain..

Ramadhan ni bulan paling mulia dan banyak kenangan, terutamanya waktu sekolah. Dulu aku sekolah asrama, masuk je petang team dewan makan mulai busy.. prepare juadah berbuka kat seluruh warga kolej. Untuk yang bukan turn jadik team, free time.. aku pulak menggoreng..goreng apa? goreng benda yang tak boleh dimakan, tapi boleh dirasa.. orang putih cakap 'feel' heheh.. walaupun brand kapok pun kapok la time tu mana nak ada duit beli gitar memahal.. tu pun jenuh kongsi dengan 'fellow' matrock batch aku yg mana tahu petik gitar gak..

Kalau tak aku mesti kat court.. tunjuk skill main volleyball kat adik-adik form bawah hehe.. tambah-tambah kalau yang melintas tu pompuan..
Bulan puasa kami selalunya main ala-ala show game.. tak boleh pulun nanti perit tekak dan tragedi memasukkan air dalam tekak akan berlaku. Dah la mata sesorang macam kucing ketakutan tengok adik2 pompuan lalu, ntah2 dapat lapar dan dahaga saja..

Ada masa aku sambung.. study dulu beb.. tua2 baru nak sambung balik. Later..

Tuesday, January 13, 2009

Take a step back and think!


ok, this is considered my first post in writing..
i need to blabber about concert goers.. who like to drag along their kids or sometimes infant(s).
any loudspeakers are really, really not suitable for children and babies.. so guys, leave your lovely children at home under someone's care and enjoy the concert yourself without inadvertantly damaging your children's hearing and future.. think about it.. just the loud thump of kick drum can do menace with the kids' heartbeat..
until then, safe listening.. see ya..